Isnin, 22 September 2008

Di Sini Kita Bermula







Program Gerak Gempur Rakan Pembaca Negeri Terengganu akan di adakan di seluruh negeri bagi meningkatkan kuantiti rakan pembaca Negeri Terengganu. Gerak gempur ini dimulakan di daerah Marang pada 18 September 2008 bertempat di BTPN Terengganu.

Rabu, 21 Mei 2008

GANU NO HON NO TOMO SATU PENGENALAN


WHAT ?


Ganu ialalah singkatan bagi Terengganu. No Hon No Tomo dalam bahasa Jepun jika diterjemahkan akan menjadi sekumpulan pelajar yang suka membaca buku. Perkataan Jepun di pilih kerana menggambarkan budaya masyarakat jepun yang suka membaca di mana-mana sahaja.
Ganu No Hon No Tomo adalah satu bentuk perkongsian menggunakan internet dikalangan pelajar-pelajar sekolah Negeri Terengganu.

WHY ?

Selama ini pelajar-pelajar yang membaca buku hanya merekodkan pembacaan mereka di dalam buku catatan atau buku rekod NILAM mereka sahaja. Situasi ini menyebabkan mereka kurang mendapat perhatian serta tiada ruang untuk meluahkan pendapat dan pandangan mereka tentang apa yang dibaca. Adalah diharapkan dengan wujudnya GANU NO HON NO TOMO mereka dapat berkongsi pengalaman mereka seluas-luasnya serta menjadikan Program NILAM lebih dinamik.

WHO ?

Perlaksana atau individu yang terlibat dalam menjayakan GANU NO HON NO TOMO dibahagikan kepada empat Level iaitu :

LEVEL 1 PEGAWAI NILAM BTPN TERENGGANU
~ Membuat dasar serta peraturan GANU NO HON NO TOMO
~ Merancang aktiviti
~ Membuat Pemantauan
~ Memberi Khidmat Bantu
~ Memberi Khidmat Nasihat
~ Membuat Rumusan Laporan
~ Mendapat maklumbalas serta kajian keberkesanan.

LEVEL 2 PEGAWAI NILAM DAERAH
~ Merancang Aktiviti Daerah
~ Membuat Pemantauan
~ Memperkenalkan GANU NO HON NO TOMO
~ Memberi Dorongan Dan Motivasi
~ Membantu guru-guru sekolah daerah menguruskan blog.
~ Melaporkan Aktiviti Daerah

LEVEL 3 GURU NILAM SEKOLAH
~ Memprosi Program GANU NO HON NO TOMO
~ Menjemput Pelajar-Pelajar Menyertai Program
~ Melapor Aktiviti NILAM Sekolah
~ Mengendalikan Blog sekolah masing-masing.

LEVEL 4 Pelajar
~ Mendaftar dalam blog sekolah masing-masing.
~ Melaporkan buku yang dibaca.
~ Memberi ulasan dan pandangan buku yang dibaca.
~ Mengajak kawan-kawan lain menyertai GANU NO HON NO TOMO.

WHEN ?

Boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai. 365 1/4 hari setahun.

WHERE ?

Boleh dipostkan dari mana-mana tempat yang ada kemudahan internet, dari makmal komputer sekolah, pusat aksess, rumah sendiri yang ada internet , di pusat perkhidmatan internet kerajaan negeri ataupun di cyber cafe swasta.

HOW ?

Pelajar atau guru yang berminat menyertai program ini diharap menghubungi guru nilam sekolah berkenaan, PKG sekolah berkenaan atau email terus kepada sabrimnr@yahoo.com

Nota** Program ini adalah peringkat percubaan sahaja.